Sunday 22 April 2012

Badal Ayam goreng tepung

Resepi di hari Ahad nie ialah Badal Ayam goreng tepung.


Bahan :

1 kg Badal ayam
Tepung serbaguna (untuk disalut pada badal)
Minyak Bijan
Serbuk kunyit

Caranya :

1. Bersihkan betul-betul 1 kg badal ayam kemudian ditoskan. Boleh dihiriskan kepada 2 bahagian untuk setiap satu badal.
2. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit minyak bijan.
3. Kemudian salutkan dengan tepung serbaguna.
4. Goreng di kuali dan hidangkan bersama kicap cicah bercili :)

* Tips untuk elak makanan bergoreng melekat di kuali.  : Taburkan sedikit garam di atas minyak yang sedang menggelegak di kuali sebelum memasukkan makanan yang hendak digoreng.


Friday 20 April 2012

Ambal Masak Kicap

Resepi hari ini ialah Ambal Masak Kicap, pertama kali saya try masak. Rasanya okay. Not bad gak ambal nie. Kalo tak tau apa itu ambal.. ada gambar di bawah nie :


Bahan-bahan :

2 batang serai (di ketuk)
Sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Kicap
2 biji cili padi
1 inci halia
Daun bawang (untuk ditabur)


Cara memasak :

1. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dihiris. Diikuti oleh serai. Tumis sehingga berbau wangi yang sedap.
2. Masukkan bawang merah. 
3. Masukkan Cili api dan diikuti oleh kicap. Kemudian add in sedikit air.
4. Masukkan ambal. Gaulkan.
5. Tambahkan gula atau garam mengikut selera dan  dan tunggu sehingga masak.
6. Hidangkan dengan taburan daun bawang di atasnya.

* Boleh sediakan cili yang diblended, kicap dan limau nipis sebagai cicah (kalau nak extra flavor)

Selamat menjamu selera...






Tuesday 17 April 2012

Telur Masin Goreng

Resepi hari ni simple banget.. Telur Masin goreng. My feveret also. :)



Bahan :

4 biji telur masin
Seulas bawang merah
1 biji cili merah

Caranya :

1. Pecahkan telur masin. Potong empat telur kuningnya.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan telur masin. Taburkan bawang dan cili yang telah dihiris.
3. Goreng sehingga masak...

Note : Kalau tak nak masukkan bawang dan cili merah pun takper. Goreng jer telur masin tu. Pun sudah sedap :)

Saturday 14 April 2012

Mi Sedap Goreng

Mama dah sediakan breakfast sosej pagi ni. But saya add in dengan mi sedap yang saya beli dua hari lepas. Tetiba rasa nak makan mi sedap. So, saya gorengkan bersama bahan-bahan tambahan untuk lebih menjadikannya sedap :) "Mi sedap for two please...."



Bahan :

Mi Sedap original flavor (2 bungkus atau ikut bilangan yang anda suka)
2 ulas Bawang merah 
Sedikit sayur Kacang panjang dan lobak merah (pilih sayur ikut citarasa anda)
2 biji cili padi

Cara memasak :

1. Rebuskan mi sedap dan alihkan ke satu tempat. Make sure bubuh air sikit pada mi yang sudah direbus dan di tapis, supaya tak melekat.
2. Tumiskan bawang merah, diikuti sayur dan cili.
3. Masukkan perencah serbuk Mi sedap.
4. Masukkan sedikit air.
5. Masukkan mi sedap, kemudian masukkan perencah-perencah mi sedap yang lain.
6. Hidangkan (sambil menyanyi lagu Mi sedap..:))

Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap ni salah satu my faveret dish sejak dulu lagi. Jadi boleh la saya share kan di sini. 



Bahan :

1 ekor ayam (dipotong mengikut saiz yang dikehendaki)
1 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai 
Sedikit cendawan hitam (dihiris nipis dan direndam)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 biji cili kering (dihiris, dibuang bijinya dan direndam)
Garam dan gula mengikut citarasa.
Daun sup.

Cara memasaknya :

1. Panaskan minyak. Masukkan halia dan serai. Diikuti oleh bawang merah dan putih yang telah dihiris. Tumiskan.
2. Masukkan cendawan hitam, cili dan diikuti oleh ayam.
3. Kemudian, masukkan kicap dan sedikit air. Masukkan sedikit garam dan gula.
4. Gaulkan dan tunggu sehingga masak. 
5. Jangan lupa taburkan daun sup.Hidangkan dan Selamat menjamu selera..^-^

Sambal Belacan Sarawak

Hari ni, masa untuk ulam-ulam. Talking about ulam-ulam..yang menjadi main dish nya adalah sambal belacan nya. Sambal belacan, resepi dari mama saya nie memang faveret all time dari dulu lagi..



Bahan :

1 inci Belacan (suka Belacan dari Bintulu..sebab sodap)
2 biji limau nipis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (boleh tambah ikut kemampuan menahan pedas)
segenggam ikan bilis
sedikit gula

Caranya :

1. Tumbukkan cili padi, sedikit gula, bawang merah, bwang putih, belacan dan ikan bilis.
2. Setelah selesai, letak dalam mangkuk dan picitkan limau nipis.
3. Sedia untuk di makan bersama ulam kacang botor / pegaga/ ulam raja / kacang panjang / timun dan sebagainya.

Friday 13 April 2012

Udang Masak Cili Api



Bahan :

1 kilo Udang Galah
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
Santan
Garam

Cara memasak :
1. Tumbuk cili api dan kunyit.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai.
3. Masukkan udang dan gaul.
4. Masukkan santan dan boleh tambah sedikit air.
5. Gaul sebentar dan tutup tudung periuk.
6. Berikan garam. Rasa masakan tersebut.
7. Jika sudah berpuas hati, sila lah hidang. Yummy!

Thursday 12 April 2012

Umai

Resepi pembuka tirai yang saya akan kongsikan adalah satu resepi tradisi bangsa saya, iaitu kaum Melanau. Resepi tradisi ni namanya "Umai". Bahan-bahan utamanya bergantung kepada masing-masing, boleh menggunakan ikan perang atau tenggiri, udang atau obor-obor. Kalau nak guna obor-obor, berhati-hati lah, takut ada alergik pula.


Bahan utama :
Udang / Obor-obor / Ikan perang atau tenggiri

Bahan-bahan lain :
3 Ulas bawang merah
Sebiji bawang besar
5 biji cili padi
5 biji limau nipis
Sedikit garam
1 sudu teh gula
Segenggam kacang tanah yang sudah digoreng

Cara membuatnya :

1. Buangkan kulit udang / hiris kecil obor-obor/ Hiriskan ikan kepada keping-keping kecil (buangkan tulang)
2. Masukkan bahan utama tadi ke dalam bekas atau mangkuk
3. Hiriskan nipis bawang merah dan bawang besar. Masukkan bersama bahan utama tadi.
4. Cili padi, garam dan gula ditumbuk halus. Masukkan ke dalam mangkuk.
5. Tumbukkan kacang tanah dan gaulkan bersama bahan-bahan lain.
6. Tapiskan air limau nipis dan masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
7. Gaulkan rata dan tunggu beberapa ketika.
8. Rasa dan tambahkan garam / gula / air limau mengikut kesesuaian.

Selamat mencuba.

Salam dari dapur..

Assalamualaikum..

Belacan dan lada berpisah tiada
Rahsia Sambal enak berulam
Blog masakan tatapan anda
Berkongsi resipi siang dan malam



Saya tidak pandai berpantun, memasak pun biasa-biasa saja. Cuma, minat kepada masakan amatlah tinggi. Saya suka memasak, suka membaca buku resepi dan mencuba resepi baru. Di samping tu, saya gemar menghias makanan. Seronok jer melihat makanan  yang terhias comel di atas pinggan. Menunggu untuk dimasukkan kan di dalam mulut..Hiasan memang mengecurkan air liur,tambahan pula dengan bau yang mengenakkan. Segalanya datang dari ruang dapur anda. Jadi kat Ilham Alwani Kitchen, saya kongsikan resepi persendirian saya, dan resepi-resepi yang datang dari saudara-mara, rakan-rakan atau dari mana-mana yang pernah saya rasa dan enjoyed apabila memakannya. Kadang-kadang resepi yang saya rasa sangat sedap, tapi maybe tak sedap bagi orang lain...haha..anyway...tepuk dada tanyalah selera anda..

Rancangan masakan yang saya gemari ialah rancangan Chef Wan, Masterchef dan Junior Masterchef. Seronok melihat bakat yang mereka serlahkan ketika berada di dapur. Kulinari memang sesuatu yang amat menarik dan eye-catching. Jom kita berkreativiti dengan makanan.. Selamat memasak dan menjamu selera.