Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

Udang Masak Lemon

Masa cuti Hari Pekerja yang lepas, awal-awal pagi dah bersemangat nak memasak.. :) 3 Resepi saya buat : Sup Sayur Cendawan, Ayam Goreng Berempah dan Udang Masak Lemon. Mari tengok Udang Masak Lemon dulu..

Bahan :

2 Biji Lemon
1 kilo udang
Mentega
3 Ulas Bawang Putih
1 inci Halia





Caranya  :

1. Tumbukkan Halia dan Bawang. Kemudia Tumiskan dengan minyak masak dalam kuali.
2. Masukkan mentega. Gaul sehingga cair.
3. Masukkan udang-udang.
4. Tambahkan garam secukup rasa. 
5. Setelah masak, angkat udang dan ketepikan.
6. Picitkan lemon di atas kuali..dan gaul (dijadikan sos)
7. Kemudian, tuangkan sos tadi ke atas udang-udang yang dah masak
8. Sedia untuk dihidangkan :)

Friday, 20 April 2012

Ambal Masak Kicap

Resepi hari ini ialah Ambal Masak Kicap, pertama kali saya try masak. Rasanya okay. Not bad gak ambal nie. Kalo tak tau apa itu ambal.. ada gambar di bawah nie :


Bahan-bahan :

2 batang serai (di ketuk)
Sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Kicap
2 biji cili padi
1 inci halia
Daun bawang (untuk ditabur)


Cara memasak :

1. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dihiris. Diikuti oleh serai. Tumis sehingga berbau wangi yang sedap.
2. Masukkan bawang merah. 
3. Masukkan Cili api dan diikuti oleh kicap. Kemudian add in sedikit air.
4. Masukkan ambal. Gaulkan.
5. Tambahkan gula atau garam mengikut selera dan  dan tunggu sehingga masak.
6. Hidangkan dengan taburan daun bawang di atasnya.

* Boleh sediakan cili yang diblended, kicap dan limau nipis sebagai cicah (kalau nak extra flavor)

Selamat menjamu selera...






Friday, 13 April 2012

Udang Masak Cili Api



Bahan :

1 kilo Udang Galah
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
Santan
Garam

Cara memasak :
1. Tumbuk cili api dan kunyit.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai.
3. Masukkan udang dan gaul.
4. Masukkan santan dan boleh tambah sedikit air.
5. Gaul sebentar dan tutup tudung periuk.
6. Berikan garam. Rasa masakan tersebut.
7. Jika sudah berpuas hati, sila lah hidang. Yummy!